Routing

From KampungChat Wiki
Jump to navigation Jump to search
The printable version is no longer supported and may have rendering errors. Please update your browser bookmarks and please use the default browser print function instead.

KampungChat Routing

KampungChat Routing bertanggungjawab untuk menerima/menganalisa/menilai
serta meluluskan server-server baru yang hendak link ke KampungChat.
KampungChat akan menilai server baru dari pelbagai aspek teknikal
supaya memenuhi spesifikasi yang diperlukan untuk link.


KampungChat IRC Network
Syarat untuk Apply Link Server

Version 1.3
Copyright (c)2002-2021 KampungChat IRC Network


Maklumat Penting

Dokumen ini adalah untuk membantu kepada mereka yang hendak link server dengan KampungChat

ADALAH PENTING UNTUK ANDA MEMBACA DAN FAHAMI DOKUMEN INI SEBELUM ANDA MENGHANTAR PERMOHONAN ANDA.

1) Pengenalan

KampungChat adalah sebuah organisasi yang bukan berdasarkan keuntungan. KampungChat juga adalah usaha kerjasama antara staff yang banyak meluangankan masa sama-sama membantu.

User KampungChat juga memainkan peranan yang penting dalam membantu server untuk membesar dan memastikan suasana chatting yang selamat dan selesa.

Link server ke KampungChat merupakan satu tanggungjawab. Anda seharusnya mempunyai semangat untuk menjadi seorang staff di KampungChat dan bersedia untuk menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang staff.Sekiranya anda yakin, anda merupakan seorang yang kami cari, kami akan membantu anda.

2) Proses secara menyeluruh mengenai link server

a) Proses Utama

Proses mengenai link server akan bermula selepas anda menghantar permohonan anda dan ianya disemak oleh CEO untuk proses kelulusan.Pada peringkat ini anda perlu memikirkan tentang teknikal, kewangan dan motivasi diri anda.

Soalan yang pertama yang akan diajukan semasa interview andalah, mengapa anda mahu link ke KampungChat? jawapan anda mestilah jawapan yang boleh mengagumkan dan membantu anda untuk lulus dalam proses pemilihan link. Stabilan server merupakan aspek utama dalam pemilihan server dan ianya merujuk kepada keadaan fizikal server anda sendiri.

Untuk maklumat, KampungChat sedang mencari server-server yang mempunyai kapasiti bandwidth yang tinggi dan di sponser oleh ISP.

Perkara penting seterusnya adalah, nickname anda perlu diregister di KampungChat 30 hari sebelum anda menghantar permohonan link anda. Anda juga perlu sentiasa berada di #help bagi memudahkan staff/EM/CEO mengenali diri anda.

Anda juga digalakkan untuk mendaftarkan server channel anda sendiri bagi memudahkan anda berkomunikasi dengan user-user anda.


b) Permohonan Link ke KampungChat

Pada peringkat ini, server anda perlu berada dalam keadaan yang cukup baik kerana proses penilaian akan dilakukan. Semua keraguan anda bolehkan diemelkan kepada [email protected].

Permohonan untuk link boleh didapati di bawah

Permohonan anda akan mengambil masa yang panjang, anda diminta untuk bersabar dan terus berada #help bagi memudahkan semua masalah yang timbul di selesaikan Maklumat yang anda akan isi dalam borang permohonan anda melambangkan kesungguhan anda untuk link ke KampungChat,justeru sila luangankan sedikit untuk mengisi permohonan tersebut dengan maklumat-maklumat yang lengkap seperti yang KampungChat kehendaki.

c) Penilaian Routing

Dalam proses ini, KampungChat akan membuat penilaian terhadap fizikal server anda dan menasihati anda dari segi teknikal dan sebagainya supaya server anda lebih stabil dan selamat serta bebas DDoS.

d) Undi

Semua staff KampungChat akan diberikan tempoh masa 2 minggu untuk membuat undian terhadap server yang ditest link. Jangkamasa test link adalah selama 30 hari. Sekiranya undian adalah melebihi 50% maka besar kemungkinan server tersebut akan diterima, namun kata putus adalah di bawah kuasa CEO.

e) Tempoh Test Link

Tempoh test link di KampungChat adalah selama 30 hari, dimana dalam tempoh itu server anda dinilai dari pelbagai aspek. Uptime, jumlah user, kekerap admin online, tingkahlaku admin dan sebagainya diperhatikan dengan teliti. Ketika ini, server anda telah dilinkkan dengan hub server KampungChat yang membolehkan anda mempunyai kuasa sebagai Local Operator.Sekiranya server tersebut mengalami masalah hardware dan uptime kurang memuaskan, CEO dan EM berkuasa untuk de-link server tersebut dengan atau tanpa notis 24 jam.

h) Link tetap

Selepas 30 hari test link, sekiranya undi memihak kepada anda, server anda akan akan diterima untuk menjadi link tetap di KampungChat, namun penilaian secara tidak langsung terus akan berlaku selama tiga (3) bulan seterusnya. Jika server tersebut mengalami masalah hardware dan uptime kurang memuaskan, CEO dan EM berkuasa untuk de-link server tersebut dengan atau tanpa notis 24 jam.

3) Spesifikasi yang diperlukan untuk link ke KampungChat

—————————————————–

a) Spesifikasi Server

Server anda mestilah terdiri dari Dedicated Server.

b) Maklumat Operasi Server

KampungChat memerlukan sistem pengoperasian UNIX (Debian 10 ke atas) SAHAJA dengan minumum space 5GB.

C) KampungChat IRCd

Pada ketika ini, KampungChat menggunakan Inspircd sebagai software KampungChat dan ianya boleh dimuat turun di laman web Inspircd

d) Proses dalam server yang dibenarkan

Server anda mestilah dikhaskan untuk digunakan sebagai IRC server sahaja. Ini bermakna anda tidak boleh menggunakan server anda untuk proses-proses lain seperti games, hosting dan sebagainya. Namun diberikan pengecualian kepada psy dan Eggdrop dengan jumlah yang minimum dan tidak menganggu prestasi server.

e) Jumlah user

Server anda mestilah berkeupayaan untuk menampung jumlah user yang banyak pada satu-satu masa tanpa masalah. Server anda juga perlu menerima user daripada pelbagai negara dan IP tanpa sekatan. Anda juga harus memastikan jumlah user yang boleh join ke server anda sekurang-sekurangnya seramai 5000 user pada setiap masa.

Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan routing sila emailkan kepada [email protected]

—————————–Potong disini——————————

Spesifikasi Server

Seksyen 1: Maklumat mengenai server

a. Nama penuh server (hostname):

b. IP server:

c. Nama server untuk link:

d. Ports server (6666-7000):

e. Perisian Server:

f. Kelajuan Server:

g. Memori Server:

h. Adalah server ini didedikasikan kepada KampungChat?:

i. Kedudukan geografi server (negeri/negara):

j. Jumlah user yang dibenarkan:

k. Adalah anda memohon untuk link di server lain:

————————————————————————

Sekyen 2: Maklumat peribadi

a. Nama sebenar Admin:

b. Alamat email Admin:

c. Nickname Admin di KampungChat:

d. Adakah admin mempunyai root di server:

e. Adakah pengguna lain mempunyai root di server (nyatakan):

f. Nama ISP:

g. Email ISP:

————————————————————————-

Seksyen 3: Maklumat provider

a. Dimanakah server anda berada (nyatakan nama/lokasi ISP dan datacenter).

b. Sila maklumkan adakah anda membayar sendiri server anda ataupun disponser oleh mana-mana pihak.

c. Sila nyatakan kebenaran yang diberikan oleh provider anda untuk menggunakan IRC di server tersebut (sekiranya ada).

d. Adakah server anda mempunyai daya tahan kepada serangan DDoS?.

————————————————————————-

Seksyen 4: Jawapan bebas

a. Sila nyatakan penglibatan anda di KampungChat dan mengapa anda rasa server anda perlu menjadi sebahagian daripada KampungChat.

b. Adalah anda mempunyai senarai IRCop?.Sila senaraikan kepada EM atau CEO berhubung perkara berikut. KampungChat tidak membenarkan anda mengambil Co-Server Admin dalam server anda.

c. Berapakah jumlah masa yang dijangka dapat diperuntukan kepada KampungChat dalam masa seminggu?.

d. Sila kemukakan maklumat mengenai pengalaman peribadi anda.

1) Pengalaman mengenai Sistem Pengoperasian Server. 2) Setup dan ubahsuai IRCd. 3) Lain-lain keupayaan teknikal yang anda miliki.

e. Apakah bot polisi yang akan digunakan oleh server admin?.

f. Apakah tindakan anda sekiranya server anda mengalami masalah hardware dan software semasa link ke KampungChat?.

g. Sekiranya ada hal-hal lain yang ingin anda nyatakan, sila berbuat demikian disini.

——————————————————————————

Seksyen 5: Tracerouters

Sila tracerouters server-server berikut:

a. boxserv.sg.as.kampungchat.org

b. etnies.ca.us.kampungchat.org

c. lowyat.fra.de.kampungchat.org

d. softlayer.ca.us.kampungchat.org

—————————————————————————–

WARNING: Semua maklumat yang diberikan oleh anda akan ditapis oleh KampungChat untuk memastikan ianya tepat dan boleh dipercayai. Sekiranya didapati ada penipuan semasa permohonan, anda dan server anda akan disenarai hitamkan oleh KampungChat.