Massads polisi

From KampungChat Wiki
Jump to navigation Jump to search
The printable version is no longer supported and may have rendering errors. Please update your browser bookmarks and please use the default browser print function instead.

Polisi Pengiklanan/Mass inviting

Polisi dan Peraturan Pengiklanan/Mass Iniviting

Version 1.3
Copyright (c) KampungChat IRC Network

KampungChat IRC Network menyediakan polisi pengiklanan dan
Mass Inviting adalah bertujuan untuk memastikan persekitaran
server sentiasa selamat dan selesa untuk digunakan. Jelas sekali
aktiviti pengiklanan/mass inviting akan menganggu user.

KampungChat dengan tegas melarang aktiviti pengiklanan sama ada iklan
mengenai channel/laman web/irc network/virus dan sebagainya demi untuk
menjaga keharmonian server KampungChat.


Definasi Pengiklanan/Mass Inviting

  • Menghantar mesej kepada user untuk masuk ke channel, melawat website,melawat ke IRC Network, virus dan sebagainya.
  • Menggunakan mesej /quit (memaparkan mesej iklan channel, website,IRC Network, virus dan sebagainya.
  • Menggunakan arahan CTCP untuk invite, virus atau membuat pengiklanan.


Tanggungjawab KampungChat berhubung Mass ADS

KampungChat mempunyai hak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana user KampungChat yang didapati telah melanggar tatacara perlakuan berdasarkan polisi & peraturan KampungChat dan antara tindakannya adalah seperti berikut:

  • Anda akan di Ban(disconnect) dari KampungChat selama 1 hari.
  • Channel anda boleh dikenakan MassKicks atau digantung/suspended.
  • Nick anda boleh digantung/suspended atau diharamkan dari digunakan.

Pengecualian

Namun berdasarkan rasa tolak ansur, KampungChat membenarkan user-user membuat pengiklanan/mass inviting berdasar cara-cara seperti berikut SAHAJA:

  • Invite menggunakan manual /invite nick channel.
  • Invite secara perlahan dan tidak menganggu user lain.
  • Invite sekali SAHAJA untuk setiap nick user.

Perkara-perkara yang tidak dibenarkan semasa invite

  • Tidak dibenarkan flood user dengan proses invite.
  • Tidak dibenarkan menggunakan sebarang script invite.
  • Tidak dibenarkan menggunakan clone untuk menginvite.