Channel inviter

From KampungChat Wiki
Jump to: navigation, search

KampungChat membenarkan founder/user untuk menginvite user lain ke channel-channel lain bagi tujuan memeriahkan channel tersebut. Walau bagaimanapun, channel inviter perlu mengikut peraturan seperti berikut

  1. Tidak Flooding user atau services;
  2. Tidak mengandungi nick atau unsur-unsur lucah dan menghasut;
  3. Sekali sahaja inviter untuk setiap nick; dan
  4. Tidak menggangu masa dan privasi user.

Peraturan Channel Inviter telah ditambahbaik seperti berikut

  • Semua channel founder perlu membuat permohonan semula;
  • KampungChat akan menggunakan satu nick sahaja untuk semua channel inviter;
  • Permohonan untuk channel inviter perlu dibuat ke admin KampungChat dan sekiranya diluluskan, channel anda akan dimasukkan dalam list inviter;
  • KampungChat tidak lagi membenarkan setiap channel untuk membuat inviter sendiri mulai 20 November 2017;
  • Permohonan channel inviter boleh dibuat melalui borang yang disediakan;
  • Pelanggaran tatacara channel inviter boleh menyebabkan channel di tutup;
  • Sekiranya bersetuju, sila mengisi borang permohonan di –> Permohonan Channel Inviter
  • Hanya founder channel dibenarkan untuk memohon;
  • Permohonan hanya perlu dikemukakan sekali sahaja;
  • Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel;
  • Status inviter akan direview dari semasa ke semasa; dan
  • Channel inviter boleh ditutup serta merta pada bila-bila masa sekiranya berlaku perlanggaran tatacara.

Tujuan Penambahbaikan

  1. Mengurangkan terlalu banyak nick inviter; dan
  2. Mengurangkan masalah penggunakan proxy/drone inviter.