Channel Inviter

Channel Inviter:

KampungChat membenarkan founder/user untuk menginvite user lain ke channel-channel lain bagi tujuan memeriahkan channel tersebut. Walau bagaimanapun, channel inviter perlu mengikut peraturan seperti berikut:

  1. Tidak Flooding user atau services;
  2. Tidak mengandungi nick atau unsur-unsur lucah dan menghasut;
  3. Sekali sahaja inviter untuk setiap nick; dan
  4. Tidak menggangu masa dan privasi user.

Peraturan Channel Inviter telah ditambahbaik seperti berikut:

  1. Semua channel founder perlu membuat permohonan semula;
  2. KampungChat akan menggunakan satu nick sahaja untuk semua channel inviter;
  3. Permohonan untuk channel inviter perlu dibuat ke admin KampungChat dan sekiranya diluluskan, channel anda akan dimasukkan dalam list inviter;
  4. KampungChat tidak lagi membenarkan setiap channel untuk membuat inviter sendiri mulai 20 November 2017;
  5. Permohonan channel inviter boleh dibuat melalui borang yang disediakan;
  6. Pelanggaran tatacara channel inviter boleh menyebabkan channel di tutup;
  7. Sekiranya bersetuju, sila mengisi borang permohonan di –> Permohonan Channel Inviter¬†
  8. Hanya founder channel dibenarkan untuk memohon;
  9. Permohonan hanya perlu dikemukakan sekali sahaja;
  10. Status permohonan akan dimaklumkan melalui emel;
  11. Status inviter akan direview dari semasa ke semasa; dan
  12. Channel inviter boleh ditutup serta merta pada bila-bila masa sekiranya berlaku perlanggaran tatacara.

Tujuan Penambahbaikan:

  1. Mengurangkan terlalu banyak nick inviter; dan
  2. Mengurangkan masalah penggunakan proxy/drone inviter.