Radio Policy

Peraturan Radio KampungChat

KampungChat IRC Network mempunyai radio rasmi server yang dikenali sebagai
KCFM yang telah beroperasi sejak tahun 2006. #kcfm merupakan channel rasmi
radio server kampungchat. Namun, kampungchat juga membenarkan user untuk
menubuhkan radio sendiri di server kampungchat dengan syarat-syarat
seperti yang telah ditetapkan:

1. Radio baru tersebut hanya akan beroperasi di server kampungchat sahaja dan
radio tersebut Tidak dibenarkan beroperasi di mana-mana server lain dalam IRC.
Sekiranya pemilik radio didapati melanggar peraturan ini, maka radio tersebut
akan diban dari server kampungchat.

2. Pemilik radio bertanggungjawab terhadap pengurusan radio dan kakitangannya.

3. Radio tidak dibenarkan membuat iklan tentang server lain atau spamming.

4. Radio tidak dibenarkan menghina/memperkecilkan/mempersenda dan menjatuhkan
maruah user lain di server kampungchat.

5. Pemilik radio juga perlu memberikan kerjasama sepenuhnya dengan staff
kampungchat sekiranya diperlukan.

Kepada semua pemilik radio di server kampungchat SEHARUSNYA mematuhi dan
memahami setiap peraturan mengenai radio sepertimana yang termaktub dalam polisi
server kampungchat.

Tindakan tatatertib terhadap radio dan pemiliknya boleh diambil pada bila-bila
masa oleh staff server kampungchat sekiranya didapati melanggar polisi radio
server kampungchat.

Polisi Radio KampungChat
KampungChat IRC Network