Mass ADS Policy

Polisi Pengiklanan/Mass inviting

 

=================================================

 

Polisi dan Peraturan Pengiklanan/Mass Iniviting

 

=================================================

 

Version 1.2
Copyright (c) KampungChat IRC Network

 

KampungChat IRC Network menyediakan polisi pengiklanan dan
Mass Inviting adalah bertujuan untuk memastikan persekitaran
server sentiasa selamat dan selesa untuk digunakan. Jelas sekali
aktiviti pengiklanan/mass inviting akan menganggu user.

 

KampungChat dengan tegas melarang aktiviti pengiklanan sama ada iklan
mengenai channel/laman web/irc network/virus dan sebagainya demi untuk
menjaga keharmonian server KampungChat.

 

Definasi Pengiklanan/Mass Inviting
———————————-

 

* Menghantar mesej kepada user untuk masuk ke channel, melawat website,
melawat ke IRC Network, virus dan sebagainya.

 

* Menggunakan mesej /quit (memaparkan mesej iklan channel, website,
IRC Network, virus dan sebagainya.

 

* Menggunakan arahan CTCP untuk invite, virus atau membuat pengiklanan.

 
Tanggungjawab KampungChat berhubung perkara tersebut
—————————————————-

 

KampungChat mempunyai hak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana
user KampungChat yang didapati telah melanggar tatacara perlakuan
berdasarkan polisi & peraturan KampungChat dan antara tindakannya
adalah seperti berikut:

 

* Anda akan di Ban(disconnect) dari KampungChat selama 1 hari.
* Channel anda boleh dikenakan MassKicks atau digantung/suspended.
* Nick anda boleh digantung/suspended atau diharamkan dari digunakan.

 

Pengecualian
————

 

Namun berdasarkan rasa tolak ansur, KampungChat membenarkan user-user
membuat pengiklanan/mass inviting berdasar cara-cara seperti berikut
SAHAJA:

 

* Invite menggunakan manual /invite nick channel.
* Invite secara perlahan dan tidak menganggu user lain.
* Invite sekali SAHAJA untuk setiap nick user.

 

=======================================================================

 
Perkara-perkara yang tidak dibenarkan semasa invite
—————————————————

 

* Tidak dibenarkan flood user dengan proses invite.
* Tidak dibenarkan menggunakan sebarang script invite.
* Tidak dibenarkan menggunakan clone untuk menginvite.

 

=======================================================================

KampungChat
http://www.kampungchat.org.my/