IRC Policy

Pengenalan

KampungChat IRC Network merupakan satu rangkaian Internet Relay Chat (IRC) yang
untuk memberikan satu suasana chatting yang selesa yang selamat

Semua maklumat yang terkandung dalam polisi dan prosidur KampungChat ini terdiri
daripada struktur organisasi,prosidur pentadbiran dan service atau perkhidmatan
yang disediakan.

Adalah menjadi impian KampungChat untuk membolehkan seramai mana user menggunakan
server ini untuk tujuan chatting dengan keadaan yang selesa dan selamat serta staff
yang boleh memberikan pertolongan apabila diperlukan. Sebagai user KampungChat, anda
haruslah mematuhi semua polisi dan prosedur yang telah ditetapkan dan tidak menjalankan
apa-apa aktiviti haram di dalam server ini.

Perkhidmatan yang disediakan di KampungChat

A. Pendaftaran Channel

Di KampungChat, user boleh register channel dengan sendiri dan mudah, bukan macam sesetengah
server yang tidak mudah untuk membenarkan user register channel sendiri. KampungChat
menawarkan Chanserv sebagai agent service untuk meregister channel dan anda boleh memberikan
kuasa-kuasa lain seperti Super OP, Auto OP, Half OP dan Voice OP kepada pengguna channel anda.

Kampungchat mempunyai kuasa untuk menahan dan menutup mana-mana channel yang menjalankan
akitivi yang diharamkan seperti drone,warez,flooding dan sebagainya yang difikirkan
bertentangan dan menganggu keselamatan server KampungChat.

B. Pendaftaran Nickname

User KampungChat boleh register pelbagai nick yang bersesuaian dengan mereka.Nick yang
diregister perlu menggunakan email yang BETUL kerana anda akan menerima ‘code’ daripada
service untuk menyelesaikan register nick anda seterusnya. Sekiranya email anda salah
dan tidak berfungsi, nick anda tidak akan dapat diregister.Nick-nick yang dianggap tidak
seharusnya diregister akan diambil tindakan tegas oleh staff KampungChat.

User tidak digalakkan untuk berkongsi katalaluan dengan user yang lain, sekiranya didapati
perkara tersebut terjadi maka tindakan suspend nick tersebut akan diambil. Ini adalah kerana
user akan menanggung risiko yang besar seperti takeover nick dan menggunakan nick user lain
untuk menjatuhkan user lain.

Sekiranya user ada masalah mengenai katalaluan, sila berhubung dengan staff di #help atau
#operhelp dan juga melalui email pass@kampungchat.org.my . Bagi masalah takeover dan sebagainya
user boleh merujuk kepada staff di #help.

C. Perkhidmatan IRC Operator

IRC Operator KampungChat menawarkan perkhidmatan untuk membantu user dalam menyelesaikan
masalah-masalah mengenai service/perkhidmatan yang disediakan.Di samping itu, mereka juga
bertanggungjawab untuk menjaga tingkahlaku user-user dan menjaga kestabilan server.

D. Pertolongan

KampungChat juga menawarkan perkhidmatan pertolongan melalui email seperti help@kampungchat.org.my
melalui website dan juga secara online di #help.


Struktur Organisasi KampungChat


A. Ketua Eksekutif KampungChat (CEO)

Ketua Eksekutif KampungChat merupakan Founder Network KampungChat yang bertanggungjawab secara
keseluruhan ke atas pembangunan dan hala tuju server. CEO akan menjalankan tanggungjawab dengan
dibantu oleh Co-Founder dan  Ahli Eksekutif yang lain (AM).

B. Ahli Eksekutif (EM)

Ahli Eksekutif merupakan tulang belakang kepada Ketua Eksekutif dan penolong Ketua Eksekutif
(Co-Founder) dalam merancangkan polisi dan prosedur KampungChat bagi mencapai matlamat
dan hala tuju server KampungChat. Ahli Eksekutif juga bertangungjawab untuk memantau server
baru di KampungChat dan berkuasa untuk menolak sekiranya beranggapan sedemikian.

C. Admin Server

Tanggungjawab server admin:

i.   Sentiasa peka dengan keadaan server, memantau semula persiapan teknikal server dengan
rapi serta upgrade server mengikut masa ke semasa.

ii.  Sentiasa membaca polisi dan prosedur serta mengikutinya ketika menjalankan tugas.

iii. Sedia memberikan pandangan kepada Admin lain dan CEO serta EM pada setiap masa.

iv.  Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan berhemah dan sedia membantu.

v.   Bertanggungjawab memantau perkembangan semua IRC Operator.

vi.  Menjalankan tugas dengan telus dan saksama.

vii. Laporkan sebarang masalah dengan segara kepada semua staff.

viii.Boleh mencadangkan user yang layak menjadi helper dan staff kepada EM.

Admin Server tidak seharusnya:

i.   Mengubah server atau IRCd tanpa mendapat kebenaran daripada CEO dan EM.

ii.  Linkkan server lain yang tidak diterima secara rasmi ke dalam KampungChat.

iii. Bertindak untuk kill/gline/shun/suspend/forbid user tanpa sebarang alasan yang kukuh.

iv.  Tidak membantu user tanpa alasan yang kukuh.

v.   Tidak hadir ke mesyuarat tanpa sebarang notice


D. IRC Operator (IRCop)

IRC Operator KampungChat bertanggungjawab kepada Server Admin untuk membantu user dan menjaga
keselamatan serta kestabilan server KampungChat. Tugasnya dalam membantu user amatlah
diperlukan. IRCop juga bertanggungjawab untuk melaporkan semua perkara kepada server admin, EM
dan juga CEO terhadap sebarang masalah sebelum bertindak.

Peraturan

1. Link server baru di KampungChat

a) Borang permohonan yang telah diisi akan dihantar ke routing@kampungchat.org.my dan borang
tersebut boleh didapati di alamat berikut borang .

b) Selepas permohonan dinilai dan dianalisa, admin server tersebut akan dipanggil untuk
di interview mengenai dirinya dan juga server tersebut. Selepas dipersetujui oleh EM dan CEO,
server tersebut akan ditest link selama 30 hari untuk menilai kekuatan dan ketahanan server
tersebut.

d) Dalam tempoh itu, server admin hanya akan mendapat pangkat sebagai Local Operator dalam
servernya sahaja. Dalam itu juga, jumlah user yang mampu di bawa masuk oleh server admin
juga akan mempengaruhi keputusan akhir.

e) Sekiranya server tersebut lulus dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan maka, server
tersebut akan diterima sebagai server tetap tetapi masih dalam perhatian dalam 3 bulan dan
server admin akan mendapat pangkat sebagai server admin namun tidak mendapat akses
dalam services.

f) Selepas 3 bulan, server tersebut akan di semak semula kualitinya dan sekiranya dipersetujui
oleh ahli mesyuarat maka server admin akan dinaikkan pangkat menjadi services operator dan
pengkat server admin dalam servernya.

g) Juga perlu diingatkan bahawa status sebagai Network Admin tidak dibenarkan penggunaanya
di dalam server KampungChat. Hanya CEO sahaja yang layak menggunakan gelaran tersebut.

h) Server Admin hanya boleh mencadangkan user yang layak menjadi helper dan IRCop kepada
EM dan seterusnya akan ditapis oleh EM. Server Admin tidak dibenarkan mengambil/melantik
IRCop atau Helper dengan sesuka hati. Sekiranya didapati berbuat demikian, tindakan
tatatertib boleh diambil keatas server admin tersebut.

i) Hanya Dedicated Server dan Virtual Private Server dengan statis IP sahaja dibenarkan untuk
membuat permohonan link ke server KampungChat. * KampungChat sama sekali tidak akan
menerima permohonan yang menggunakan Akauan Shell *.

j) Hanya server yang mendapatkan kelulusan untuk digunakan bagi tujuan IRC sahaja akan
dilayan. Server-server yang dibeli secara haram akan disenarai hitamkan.

k) Server hanya akan diterima sekiranya vote/undi dikalangan staff melebihi 50% setuju.

2. De-Link server dari KampungChat

a) Server admin perlu memaklumkan kepada CEO atau EM mengenai status server admin dan
masalah yang dihadapi agar tindakan segara boleh diambil.

b) Server admin tidak dibenarkan de-link server tanpa notis 24 jam dan sekiranya berlaku,nick
anda akan disenarai hitamkan oleh KampungChat.

c) Server akan di de-link sekiranya admin atau staff server tu melakukan mass inviting/clone
drone/warez dan flooding yang boleh mengancam keselamatan server KampungChat.

d) Server juga akan di de-link sekiranya terdapat staff/IRCop yang berkelakuan tidak sopan
dengan user (abuse).

3. Mesyuarat

a) Sekiranya staff tidak boleh hadir pada mesyuarat seperti yang ditetapkan, sila maklumkan
kepada CEO atau EM melalui email atau memo secepat mungkin, kegagalan staff berbuat
demikian akan mengundang tindakan tatatertib diambil ke atas staff.

b) Semua keputusan yang dibuat dalam mesyurat diambil sebagai arahan dan peraturan dari
masa ke semasa dan semua staff KampungChat harus mematuhi tanpa mempersoalkannya.
Jika terdapat soalan dan keraguan hendaklah diajukan semasa mesyuarat tersebut dan
sebarang rayuan selepas mesyuarat tidak akan dilayan sama sekali.

c) Semua staff mempunyai hak untuk bersuara semasa mesyuarat namun keputusan adalah
ditangan CEO dan EM untuk putuskan dan membuat keputusan terakhir.

d) Sebarang perubahan dalam prolisi dan peraturan KampungChat akan dimaklumkan segera
melalui laman ini untuk perhatian semua user.

e) Semua user KampungChat berhak untuk mengemukakan sebarang info atau agenda yang
boleh diusulkan semasa mesyuarat staff KampungChat dijalankan.semua info boleh dihantar
melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..”>admin@kampungchat.org.my . Sila sertakan nick anda di KampungChat dan surat layang
tidak akan dilayan sama sekali.

4. Lapor tingkahlaku Staff KampungChat

a) Sila hubungi CEO atau EM sekiranya anda mendapati ada staff yang salah guna kuasa (abuse)
melalui email admin@kampungchat.org.my untuk tindakan.

b) Sila berikan mengenai nick staff tersebut dan log mengenainya supaya mudah disiasat.

c) Juga perlu diingat bahawa staff KampungChat menggunakan host @staff.kampungchat.


5. Tindakan berikut akan diambil terhadap salah guna kuasa oleh Staff KampungChat

a) Status IRCop akan ditarik serta merta.

b) Sekiranya melibatkan server admin, server tersebut boleh di de-link.

c) Staff tersebut perlu memohon maaf secara terbuka kepada user terlibat.

d) Diturunkan pangkat ke level yang lebih rendah.

e) Tarik balik pangkat staff tersebut di dalam service

KampungChat sentiasa mematuhi semua polisi dan peraturan yang telah digubal demi
kesejahteraanbersama. KampungChat juga amat menitikberatkan hubungan antara staff dan user KampungChat supaya lebih mesra dan akrap.