Member
User Online
Amaran Keselamatan KampungChat IRC NetworkSebaik sahaja anda memasukki KampungChat IRC Network, anda perlu berhati-hati dengan risiko yang mungkin dihadapi semasa menggunakan KampungChat IRC Network. Semua staff KampungChat adalah bertanggungjawab untuk memastikan network sentiasa selamat dan bersih untuk semua user. Staff akan berusaha untuk memastikan tiada berlakunya flood dan spammers, memastikan network sentiasa stabil yang boleh di access dengan mudah dan yang paling penting adalah memastikan keselamat user dengan melindungi semua maklumat peribadi. Kebolehcapaian maklumat user adalah rahsia dan dikawal ketat oleh pihak pengurusan KampungChat, hanya Network Administrator dengan Services Administrator sahaja yang boleh berbuat demikian. Sebagai user anda TIDAK dibenarkan untuk klik ke atas sebarang link/website yang disebarkan di dalam network mahupun channel jika anda tidak tahu sebetul-betulnya apakah tujuan link/website tersebut. User juga TIDAK dibenarkan untuk terima sebarang DCC daripada SESIAPA SAHAJA yang tidak dikenali, kerana ini adalah salah satu cara menyebaran virus. Jika berlakunya flood di channel, langkah terbaik yang boleh diambil adalah dengan +m (moderate) channel tersebut dan report kepada oper mengenai perkara tersebut secepat mungkin. KampungChat TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah yang anda alami atau komputer anda semasa berada atau memasuki KampungChat IRC Network. Pihak pengurusan mempunyai kuasa untuk menghalang anda daripada memasuki network ini tanpa sebarang amaran atau notis dan tanpa sebarang sebab jika pihak pengurusan menganggap ianya boleh mengugat keselamatan network. KampungChat Staff |

