Senarai Blogger

maro (4) maro
newbie (1) vic
inaz (1) inaz
admin (2) Administrator
crew (1) crew

Member

kalaulah...
kalaulah...


Points: 2
Offline0 friends
sayo
sayo


Points: 2
Offline0 friends

User Online

1 user and 66 guests online
Designed by:

KampungChat Komuniti

  • Daftar dan luaskan komuniti anda
  • View profiles and add new friends
  • Share your photos and videos
  • Create your own group or join others

Members Login

Forgot your / ?

Search

Try our Advanced Search

Latest Groups

  • #WaRiSaN
    Kerajaan yang mewariskan segala cucu cicit Adam & Hawa.. AinuL Yakin..~
  • Other Groups
  • Kedah
  • #damansara
  • Ujang
  • gempak

New photos

  • eyna love
  • fatin_nadrah
  • eyna love
  • fatin_nadrah
  • eyna love
  • eyna love
  • fatin_nadrah
  • eyna love
  • fatin_nadrah
  • fatin_nadrah
  • fatin_nadrah
  • goku80
  • fatin_nadrah
  • eyna love
  • eyna love
  • eyna love
  • fatin_nadrah
  • fatin_nadrah
  • eyna love
  • eyna love

Who's Online

  • JasoNkinG

Members

  • tazdevil
  • Seffierry
  • arejiemz
  • Faizal
  • wajablack
  • fatin_nadrah
  • nur_hani85
  • MissScoollatic88
  • Altelaydawild
  • azmi
  • JerunG
  • Finda
  • IDA_IDA_IDA_IDA
  • miLo_pinK
  • RomeGliffette
  • questenka
  • tootainessy
  • zeck
  • apexslay
  • lia_anna

Videos

Pitbull - Shut It Down ft. Akon 03:47
2 views
Last updated: Saturday, 13 March 2010 00:29
Takin' Back My Love - Enrique Iglesias feat. Ciara 03:58
2 views
Last updated: Saturday, 13 March 2010 00:27
hijau kuning---m.shariff 03:12
0 views
Last updated: Saturday, 13 March 2010 04:02

Recent activities

Today
JasoNkinG added a new video hijau kuning---m.shariff
hijau kuning---m.shariff 03:12
lagu hijau kuning nyayian penynyi 60 an,m.shariff ...
04:02 AM
JasoNkinG joined the group Kedah
04:01 AM
AngahX added a new video Pitbull - Shut It Down ft. Akon
Pitbull - Shut It Down ft. Akon 03:47
Listen to Pitbull's new single Shut It Down ft. Akon off his new album Rebelution! GET PITBULL FT. AKON SHUT IT DOWN http:itunes.apple.comWebObjects ...
12:29 AM
AngahX added a new video Pitbull - Hotel Room Service (Official Video)
Pitbull - Hotel Room Service (Official Video) 04:30
http:itunes.apple.comWebObjectsMZStore.woawaviewAlbum?i=327261551&id=327261330&s=143441 www.planetpit.com www.stillaboutmusic.com ...
12:29 AM
AngahX added a new video Takin' Back My Love - Enrique Iglesias feat. Ciara
Takin' Back My Love - Enrique Iglesias feat. Ciara 03:58
The official music video for Takin' Back My Love with special guest Ciara. From the new Greatest Hits album. ...
12:27 AM
^syamim^ and AngahX are now friends
12:00 AM
Yesterday
BayYie77 updated a blog entry Warisan aLam di Tana...

Kumpulan Kaum Orang Asli Melayu-Proto mencakupi rumpun bangsa Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar. Pada awalnya mereka tinggal di kawasan pantai, kuala ataupun kawasan-kawasan lembah. Kini mereka telah memiliki kawasan perkampungan mereka sendiri dan mengecapi kehidupan yang lebih selesa hasil daripada pembangunan yang dibawa oleh pihak Kerajaan.

 
Orang Kuala

Istilah ’Orang Kuala’ wujud disebabkan lokasi masyarakat itu sendiri yang kebanyakannya tinggal di kawasan kuala sungai dan persisiran pantai barat Johor. Mereka dipercayai berasal dari kepulauan Riau-Lingga dan kawasan yang berhampiran dengan pantai Sumatera, Indonesia. Lokasi penempatan mereka terdapat di Kuala Rengit, Kuala Senggarang dan Tanjung Segenting dalam daerah Batu Pahat serta juga di Kuala Benut, Kuala Sungai Pontian dan Kukup di daerah Pontian, Johor. Menangkap ikan merupakan salah satu daripada aktiviti ekonomi sara diri mereka. Namun demikian, terdapat juga pada masa kini mereka-mereka yang telah berjaya dalam bidang perniagaan, pertanian malah bidang-bidang profesional yang lain. Raut wajah dan tingkah laku mereka lebih mirip kepada orang Melayu yang secara tradisinya menjadi jiran turun temurun mereka.


Orang Kanaq

Orang Kanaq merupakan rumpun bangsa Orang Asli yang paling kecil jumlah populasinya. Penempatan utama mereka adalah di Kampung Sungai Selangi, Mawai, daerah Kota Tinggi, Johor. Mereka dikatakan berasal daripada kepulauan Riau, Indonesia yang melarikan diri akibat dari ancaman tentera Belanda. Bahasa pertuturan mereka seakan orang Melayu dengan lenggok bahasa yang agak kasar.


Orang Seletar

Orang Seletar atau ’Sea Gypsies’ pada awalnya merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai yang tinggal dalam rumah perahu, pulau, persisiran pantai dan kuala sungai. Kawasan utama pertempatan mereka adalah di sekitar pantai selatan Johor dan utara Singapura seperti di Kampung Bakar Batu, Johor Baharu. Secara tradisinya mereka bergantung hidup kepada hasil laut. Keadaan ini menyebabkan mereka hidup berpindah randah. Walau bagaimanapun, perubahan dalam sosio ekonomi telah merubah cara hidup mereka. Terdapat mereka yang mengusahakan kedai makanan laut (seafood). Kini mereka tinggal dan menetap di kawasan penempatan yang lebih teratur dan tersusun di persisiran pantai selat Johor.


Jakun

Rumpun bangsa Jakun atau disebut juga Orang Ulu dikatakan berasal dari Yunan, selatan China. Penempatan utama mereka adalah di kawasan pantai Pahang, Rompin, Pekan dan Johor Utara. Kebanyakan dari mereka masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.


Semelai

Rumpun bangsa Semelai menghuni kawasan Pahang Tengah iaitu di Tasik Bera, Sungai Triang, Paya Besar dan Paya Badak hingga melebar ke sempadan Negeri Sembilan iaitu di Sungai Serting, Sungai Lui dan Ulu Muar. Mereka memiliki wajah serta fizikal mirip orang Melayu. Mata pencarian mereka ialah mencari hasil hutan dan juga berladang.


Temuan

Temuan merupakan rumpun bangsa keempat besarnya dalam hierarki kaum Orang Asli. Penempatan mereka hampir keseluruhannya terdapat di negeri Selangor (kecuali daerah Kuala Langat), Melaka, Negeri Sembilan, Temerloh, di Pahang dan juga Muar di Johor. Rumpun bangsa Temuan di Negeri Sembilan mengamalkan adat pepatih di mana keistimewaan Batin adalah selaku salah seorang daripada ahli dalam perlantikan Undang.

05:51 PM
BayYie77 created a blog entry Warisan aLam di Tana...

 

1. Begitulah ketidak-pedulian yang ditunjukkan oleh cerdik pandai Melayu
Semenanjung Tanah Melayu. Rata rata cindiakawan ini berwatak 'ikan duyung'. Ini
adalah istillah Dr. Nurdin Selat yang berasal dari Negri Sembilan. Watak ikan
duyung ini terhasil dari didikan barat samada di Tanah Melayu maupun di luar
terutama di Britain. Krisis identiti atau kemelut jati diri atau kerancauan
berfikir yang melanda lapisan cerdik pandai didikan Barat di Malaysia yang
telah di bahaskan oleh Dr. Muhammad Kamal Hassan beberapa ketika dahulu, kini
Rektor Univeristi Islam Antarabangsa Malaysia, berpunca dari kesilauan mereka
dengan tamaddun Barat. Dengan kesilauan ini mereka melihat dan menilai
keMalayuan. Banyak diantara buah pemikiran dan tindakan mereka ini kononnya
satu yang baik. Walhal, semuanya merosakkan dan merugikan. Ini termasuk
memansuhkan penggunaan dan penulisan Bahasa Jawi.

Posting anda ini telah mendedahkan kepincangan kepincangan yang mendasar
tentang masa depan Bahasa Jawi di Malaysia.

Ramai dari cerdik pandai dan sarjana bahasa Melayu di Malaysia menganggap
kemodenan Bahasa Melayu mestilah beriringan dengan kemodenan barat. Ramai juga
diantara mereka menolak pendirian begini. Malah, mereka mengusulkan kemodenan
dan pemodenan yang berlansung di alam Melayu adalah keasn lansung dari Bahasa
Melayu Jawi ini. Oleh itu apa yang perlu kini ialah berusaha memperkukuhkan
asas yang selama ini telah terbina dalam Bahsa Melayu Jawi ini. Keasn kesan
dari kemodenan dan pemodenan yang dialami oleh Bahasa Jawi mesti dikekalkan.
Apa yang mesti dilakukan ialah memperbaiki Bahasa Melayu sambil mengekalkan
kemodenan dan pemodenan yang telah di pupuk oleh para ulamak dan cerdik pandai
Melayu dari zaman dahulu. Penambahan teknikal dalam memperbaiki dan
memperbagusi tulisan dan penuturan Bahasa Melayu adalah perlu malah mesti
lakukan untuk kesegaran Bahasa itu sendiri. Ini telah ditunjukkan oleh usaha
Pendita ZA'BA sendiri.

Kemodenan dan pemodenan yang ada dalam bingkai Bahasa Melayu jangan sekali di
abaikan. Kerna, Bahasa Melayu itu adalah cerminan Islam di alam Melayu.

Satu ketika dahulu slogan kembali ke akar sangat popular. Lets go back to our
roots. Mustapa Kamal di Turki melihat kembali keakar itu dengan melihat ke
depan dalam pangkuan sekularisme barat kerana kembali keakar dalm sejarah Turki
itu sudah pasti kepangkuan Islam tetapi Mustapa tidak menyukainya. Gamal Abdul
Nasir melihat kembali keakarnya Mesir itu ialah ke zaman pra Islam. Akibatnya
pemujaan zaman Fir'aun adalah politics of modernity nya nasionalisme Gamal
Abdul Nasir. Dia begitu allergic sekali segala yang bernuansa Islam.

Di Semenanjung, satu ketika dahulu, di tahun 70an, bermula penghayatan kembali
keakar itu di ertikan kembali di zaman Melayu sebelum Islam. Mereka tidak
bersetuju dengan konsep dan wacana Sains Islam yang di pelupuri oleh Dr. Osman
Bakar di Malaysia. Mereka lebeh senang dan menerima Sains Melayu. Di gelanggang
ilmiah pendekatan Sains Melayu lebeh, ceteh dan tidak mampu bertahan. Filsafah
dan dasar ilmiahnya pendekatan Sains Islam kukuh dan terus maju.

Insya'Allah, kita bersama sama berganding bahu memikul tanggungjawab memajukan
(semula) Bahasa Ibunda kita ini. Kalau tidak kita siapa lagi.


Saya termasuk dari kumpulan kedua ini. Masa depan Bahasa Melayu
Arnoldison <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Tulisan Jawi: Khazanah Pendidikan al Quran Di Tanah Melayu
Posted on Tuesday, July 24 @ 21:34:59 MYT by greenboc

"Tulisan Arab yang diadaptasikan ke bahasa Melayu untuk pengejaannya
dinamakan sebagai tulisan Jawi. Tulisan inilah yang pernah
membangunkan tamadun Melayu dan pernah mencorak ketuanan Melayu di
zaman pra-kemerdekaan. Tulisan Jawi mempunyai signifikan yang sangat
besar dalam sejarah bangsa dan negara, di mana dahulunya ia merupakan
lapangan interaksi intelek Melayu dengan masyarakat awam. Namun,
akhir-akhir ini ia mula dimamah zaman yang semakin global kerana
muncul segelintir dalam hieraki masyarakat Melayu sendiri yang tidak
meyakinkan bangsanya untuk menghormati warisan ini. Malah rasa jelak
mereka terhadap tulisan Jawi, secara tidak langsung telah menghasilkan
generasi Melayu 'anglophile' iaitu manusia dua kerat, sekerat Melayu
dan sekerat keBaratan. Generasi seperti inilah yang akhirnya menjadi
penyumbang kepada fahaman melampau hedonisme sehingga menyebabkan daya
tahan umat menjadi tiris.

Berdasarkan berita yang bertarikh 5 Julai 2007, Harakahdaily
melaporkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengisytiharkan
bahawa tulisan Jawi bukan satu mata pelajaran bahkan tidak diwajibkan
kepada pelajar sekolah menengah. Sudah pasti pengisytiharan ini
merupakan kecaman terhadap khazanah warisan Islam kepada masa depan
pelajar-pelajar Melayu Islam. Sikap tidak memberikan penekanan
terhadap tulisan Jawi hinggakan seolah-olah tulisan ini tidak pernah
berjasa di dalam negara kita, merupakan perbuatan yang sangat
memalukan bangsa sendiri. Sepatutnya KPM memberikan persepsi positif
terhadap keupayaan Jawi sebagai seni luhur masyarakat Melayu dan
bukannya meremehkan peranan tulisan Jawi.

Jika pemerkasaan terhadap tulisan Jawi tidak lakukan, barangkali
tulisan Jawi menerima nasib yang sama sebagaimana mata pelajaran
Tajwid yang menjadi subjek agama yang hanya diajar sewaktu peringkat
sekolah rendah, kemudian diabaikan ketika di peringkat menengah.
Akhirnya ilmu Tajwid hanya dikuasai oleh generasi-generasi agamawan,
sedangkan mengamalkan ilmu Tajwid ketika membaca al Quran merupakan
tuntutan Islam bertaraf fardhu ain buat seluruh umat Islam. Lebih
malang lagi jika Jawi diberikan kedudukan yang sama, tidak mustahil ia
akan tenggelam di arus kemodenan dan terus kehilangan khalayak.
Akhirnya tulisan Jawi sudah tidak lagi relevan kerana tidak mempunyai
nilai komersial di kalangan pembaca. Ia sekadar dikenali dalam lipatan
sejarah sebagaimana pada catatan rahsia batu Rosetta di Mesir yang
akhirnya diungkap oleh arkeologi Perancis, Jean Francois Champollion.
Jika masyarakat Melayu kehilangan qudrat untuk membaca tulisan Jawi
saat ini, adakah kita mahu meminta Champollion 2 membaca tulisan Jawi
pada masa akan datang?

Senario ini jika tidak diambil peduli memungkinkan catatan batu
bersurat (prasasti) di Kuala Berang, Terengganu mempunyai potensi
besar menjadi bahan sejarah yang ditinggalkan, bukannya bahan sejarah
yang dibanggakan. Hal yang sama juga bakal terjadi kepada penggunaan
Bahasa Melayu jika tiada tindakan konkrit pihak berwajib untuk
menanganinya setelah kerajaan mewajibkan pengajaran Inggeris dalam
Matematik dan Sains. Penulis sebenarnya tidak memiliki nilai

sentimental yang tinggi untuk bermati-matian mempertahankan tulisan
Jawi, jika kehilangannya hanya memberi impak kepada warisan budaya dan
bangsa. Menginsafi tulisan Jawi mempunyai jasa yang besar terhadap
kemerdekaan bangsa Melayu ketika dahulu, ia membangkitkan rasa
tanggungjawab agar terus dipelihara dan terakam dalam pendidikan
negara.

Cukup memelikkan, ketika pendirian akomodatif pihak kerajaan terhadap
bangsa-bangsa lain dipuja sebagai lambang keterbukaan negara, dari
sudut lain mereka tampil tanpa segan silu menidakkan warisan bangsa
sendiri yang wajar dikecapi oleh generasi akan datang. Hal ini
memperlihatkan agenda politik yang gemar menjahilkan masyarakat
Melayu, menjadikan mereka bebal, kurang kesedaran terhadap sejarah,
tradisi dan sumbangan yang tidak ternilai pada tulisan Jawi. Sikap
yang beranggapan bahawa tulisan jawi adalah semata-mata tulisan untuk
unsur-unsur keagamaan perlu dipupuskan, kerana dahulunya ia turut
diaplikasikan secara meluas oleh semua kaum di tanah Melayu. Hal ini
dibuktikan melalui pengalaman ilmu yang dimiliki oleh V. Kamala Devi,
bangsa India yang mahir membaca dan menulis Jawi (Ruj: Kamala Devi
Masters Jawi Despite Dropping Out Of School, Bernama.com. June 16,
2007).

Tulisan Jawi perlu dipertahankan walaupun peredaran masa amat pantas
sebagai tanda penghargaan terhadap pahlawan-pahlawan yang berjuang
menerusi mata pena di zaman pra-kemerdekaan. Sebelum pengetahuan moden
dengan perbendaharaan yang sofistikated diperkenalkan, tulisan Jawi
digunakan oleh pihak istana dalam bidang persuratan, perjanjian dan
undang-undang. Jika diamati, sejarah ke'genius'an dan pemikiran
akademik bangsa Melayu ia mula digagahi apabila wujudnya tulisan Jawi
dan bukannya tulisan sanskrit. Oleh sebab itu, istilah 'Kitab Jawi'
pernah berkembang menjadi subjek pengajian dan pembelajaran masyarakat
Melayu agar ia ditekuni di sekolah-sekolah. Tokoh ulama seperti
Mohamad Idris b Abdul Rauf al Marbawi, bukanlah tokoh yang asing dalam
dunia penulisan Jawi. Penulisan Jawinya yang menghasilkan kitab
Bahrul Mazi , Tafsir Quran al Marbawi , Tafsir Surah Yassin masih
kekal diulang cetak di luar negara. Sebenarnya, kebanyakan kitab
berbahasa Arab yang dihasilkan oleh Sheikh al Marbawi telah
diterjemahkan olehnya sendiri ke dalam bahasa Melayu. Sekalipun
terjemahan tokoh ulama ini menggunakan versi bahasa Melayu lama di
dalam tulisan Jawi, namun ia telah melahirkan ramai ilmuan Islam yang
responsif di negara Malaysia.

Tidak dinafikan, Islam adalah ajaran yang mudah dan boleh dipelajari
melalui pelbagai aksara dan ia bukannya kayu pengukur tahap keIslaman
seseorang. Namun, oleh kerana kedatangan tulisan Jawi bersama dengan
dakwah Islam, ianya lebih berkesan dan mudah terutamanya di dalam
mempelajari al Quran dan hadith. Sistem ejaan Jawi sangat terpengaruh
dengan sistem ejaan bahasa Arab yang menggunakan sistem baris dalam
pengejaan suku kata. Oleh sebab itu, sistem Jawi menjadi pendorong
kepada bangsa Melayu mengenali huruf Arab dan seterusnya secara tidak
langsung berkemahiran menyebut ayat-ayat al Quran. Ibn Khaldun ada
menyebutkan ;

Ketahuilah bahawa pengajaran al Quran terhadap kanak-kanak termasuk
daripada syiar-syiar agama yang dipegang oleh para pendokong agama
kerana dalam pengajaran al Quran terdapat beberapa perkara yang cepat
meresap ke dalam hati seperti keteguhan iman dan aqidah iman daripada
ayat-ayat al Quran ]. (Ruj:Abdullah al Amin al Na'miy, 1994. Kaedah
Dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun & al Qabisi, terj.Mohd Ramzi
Omar, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka).

Dalam bahasa Melayu sendiri terdapat perkataan yang dipinjam dari
bahasa Arab, sudah pasti sebutan tersebut tidak tepat jika ditulis
dengan huruf rumi. Demikian juga halnya jika bahasa Cina dan Tamil
ditulis dengan ejaan rumi, sudah pasti berlaku kesilapan pada
pertuturan mereka yang sebenar. Kerana itu, penulis yakin kebanyakan
masyarakat Melayu menyebut perkataan 'tarikh' yang dipinjam dari
bahasa Arab, tidak tepat sebagaimana sebutan bangsa Arab. Begitu juga
pemahaman Melayu terhadap perkataan 'muhrim' sebagai orang yang haram
dinikahi, sedangkan sebutan ejaannya yang sebenar pada kalimah Arab
adalah 'mahram'. Dalam konteks ini jelas memperlihatkan bahawa tulisan
Jawi memainkan peranan penting dalam pendidikan negara, di mana ia
dijadikan sebagai suatu alat memudahkan sebutan Arab yang sahih dalam
bahasa Melayu.

Dalam keresahan meninjau hayat Jawi di tanah Melayu saat ini, ada juga
berita yang boleh dianggap positif antaranya pengangkatan seni khat di
persada dunia. Namun, memartabatkan seni khat tidak memadai untuk
mengangkat semula penulisan Jawi sebagai satu elemen menjadikan ia
subur dalam jiwa masyarakat dan dipergunakan secara meluas. Benar,
seni khat berjaya memperlihatkan kalimah-kalimah unik al Quran yang
tersusun mengikut kaedah, kemas berseni dijual beli. Tetapi kita perlu
memikirkan bahawa majoriti umat Melayu tidak lagi mampu memahami
maksud tulisan tersebut sekalipun diukir indah. Inilah akibatnya
apabila tulisan Jawi dipinggirkan oleh bangsa Melayu sendiri.
Ketahuilah, tulisan Jawi adalah tulisan bagi sebuah tamadun dunia yang
tinggi dan pernah diakui di peringkat antarabangsa. Jika orang Iraq
Kufah dengan khat Kufinya, Iran dengan khat Farsinya, tidak diragui
bahawa umat Melayu merupakan pelopor kepada seni khat Jawi.

Sebenarnya di sebalik krisis ini, tersembunyi agenda globalisation of
American culture (globalisasi budaya Amerika). Memang tamadun Barat
semakin mendominasi semangat bangsa-bangsa lain ketika ini, di saat
Melayu belum pulih untuk membangunkan generasi sendiri. Tidak syak
lagi, penggantian jawi dengan rumi adalah sebahagian daripada proses
pembaratan dan pendangkalan Islam yang tentu sahaja didalangi oleh
penjajah. Hal ini sama berlaku sebagaimana pertukaran garisan musim
bagi kiraan kalender yang pada asalnya terletak di Qatar, United Arab
Emirates (UAE) kepada kedudukan Greenwich di London. Namun, perenggan
ini bukanlah pilihan terbaik untuk masyarakat Melayu melakukan
revolusi terhadap huruf-huruf Rumi agar ditukar kepada Jawi.
Sebaiknya, masyarakat Melayu sedar betapa mustahaknya tulisan Jawi
agar ia tidak disisihkan dalam pendidikan negara dan diberikan fungsi
semula.

Oleh : Bayie_KeciK
Sumber :http://freedomwar21.cjb.net/








---------------------------------
Take the Internet to Go: Yahoo!Go puts the Internet in your pocket: mail, news,
photos & more.
--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
===============================================================
Website: http://freedomwar21.cjb.net
==============================================================

 

05:43 PM
BayYie77 started a new discussion, Kitab-Kitab yang mengaitkan Tanah Melayu in #WaRiSaN group
1.Kitab zabur adalah kitab untuk perjanjian2 lama.. 2.Kitab taurat adalah kitab untuk ke arah cahaya.. 3.Kitab injil adalah kitab perjanjian2 yang b
05:29 PM
BayYie77 added a new bulletin, Tanah Melayu
04:52 PM
ahzul and najaa are now friends
04:49 PM
BayYie77 uploaded a new avatar for the group, #WaRiSaN
04:47 PM
BayYie77 created a new group, #WaRiSaN
04:44 PM
BayYie77 joined the group #damansara
04:40 PM
niera replied to crew with Bowing
04:24 PM
zeck haluu semua
01:14 PM
azmi uploaded a new avatar for the group, Kedah
11:51 AM
azmi created a new group, Kedah
11:44 AM
Finda wrote on Finda's Walls
Salam 1 Malaysia
09:30 AM