|
KampungChat Routing
KampungChat Routing bertanggungjawab untuk menerima/menganalisa/menilai serta meluluskan server-server baru yang hendak link ke KampungChat. KampungChat akan menilai server baru dari pelbagai aspek teknikal supaya memenuhi spesifikasi yang diperlukan untuk link.
====================================
KampungChat IRC Network Syarat untuk Apply Link Server
====================================
Version 1.1 Copyright (c)2002-2009 KampungChat IRC Network
----------------------------
Maklumat Penting
----------------------------
Dokumen ini adalah untuk membantu kepada mereka yang hendak link server dengan KampungChat
ADALAH PENTING UNTUK ANDA MEMBACA DAN FAHAMI DOKUMEN INI SEBELUM ANDA MENGHANTAR PERMOHONAN ANDA.
==========================================================================
1) Pengenalan ----------
KampungChat adalah sebuah organisasi yang bukan berdasarkan keuntungan. KampungChat merupakan sebuah organisasi yang berdaftar dengan pertubuhan syarikat Malaysia (ROC) dengan nama KampungChat IRC Network Enterprise No. Pendaftaran (AS0300937-T). KampungChat juga adalah usaha kerjasama antara staff yang banyak meluangankan masa sama-sama membantu.
User KampungChat juga memainkan peranan yang penting dalam membantu server untuk membesar dan memastikan suasana chatting yang selamat dan selesa.
Link server ke KampungChat merupakan satu tanggungjawab. Anda seharusnya mempunyai semangat untuk menjadi seorang staff di KampungChat dan bersedia untuk menjalankan tanggungjawab anda sebagai seorang staff.Sekiranya anda yakin, anda merupakan seorang yang kami cari, kami akan membantu anda.
2) Proses secara menyeluruh mengenai link server -----------------------------------------------
a) Proses Utama
Proses mengenai link server akan bermula selepas anda menghantar permohonan anda dan ianya disemak oleh CEO untuk proses kelulusan.Pada peringkat ini anda perlu memikirkan tentang teknikal, kewangan dan motivasi diri anda.
Soalan yang pertama yang akan diajukan semasa interview andalah, mengapa anda mahu link ke KampungChat? jawapan anda mestilah jawapan yang boleh mengagumkan dan membantu anda untuk lulus dalam proses pemilihan link. Stabilan server merupakan aspek utama dalam pemilihan server dan ianya merujuk kepada keadaan fizikal server anda sendiri.
Untuk maklumat, KampungChat sedang mencari server-server yang mempunyai kapasiti bandwidth yang tinggi dan di sponser oleh ISP.
Perkara penting seterusnya adalah, nickname anda perlu diregister di KampungChat 30 hari sebelum anda menghantar permohonan link anda. Anda juga perlu sentiasa berada di #help bagi memudahkan staff/EM/CEO mengenali diri anda.
Anda juga digalakkan untuk mendaftarkan server channel anda sendiri bagi memudahkan anda berkomunikasi dengan user-user anda.
b) Permohonan Link ke KampungChat
Pada peringkat ini, server anda perlu berada dalam keadaan yang cukup baik kerana proses penilaian akan dilakukan. Semua keraguan anda bolehkan diemelkan kepada routing@kampungchat.
Borang permohonan untuk link boleh didapati di Server Link Application
Permohonan anda akan mengambil masa yang panjang, anda diminta untuk bersabar dan terus berada #help bagi memudahkan semua masalah yang timbul di selesaikan Maklumat yang anda akan isi dalam borang permohonan anda melambangkan kesungguhan anda untuk link ke KampungChat,justeru sila luangankan sedikit untuk mengisi permohonan tersebut dengan maklumat-maklumat yang lengkap seperti yang KampungChat kehendaki.
c) Penilaian Routing
Dalam proses ini, KampungChat akan membuat penilaian terhadap fizikal server anda dan menasihati anda dari segi teknikal dan sebagainya supaya server anda lebih stabil dan selamat serta bebas DDoS.
d) Undi
Semua staff KampungChat akan diberikan tempoh masa 2 minggu untuk membuat undian terhadap server yang ditest link. Jangkamasa test link adalah selama 30 hari. Sekiranya undian adalah melebihi 50% maka besar kemungkinan server tersebut akan diterima, namun kata putus adalah di bawah kuasa CEO.
e) Tempoh Test Link
Tempoh test link di KampungChat adalah selama 30 hari, dimana dalam tempoh itu server anda dinilai dari pelbagai aspek. Uptime, jumlah user, kekerap admin online, tingkahlaku admin dan sebagainya diperhatikan dengan teliti. Ketika ini, server anda telah dilinkkan dengan hub server KampungChat yang membolehkan anda mempunyai kuasa sebagai Local Operator.Sekiranya servertersebut mengalami masalah hardware dan uptime kurang memuaskan, CEO dan EMberkuasa untuk de-link server tersebut dengan atau tanpa notis 24 jam.
g) Link tetap
Selepas 30 hari test link, sekiranya undi memihak kepada anda, server anda akan akan diterima untuk menjadi link tetap di KampungChat, namun penilaian secara tidak langsung terus akan berlaku selama tiga (3) bulan seterusnya. Jika server tersebut mengalami masalah hardware dan uptime kurang memuaskan, CEO dan EM berkuasa untuk de-link server tersebut dengan atau tanpa notis 24 jam.
3) Spesifikasi yang diperlukan untuk link ke KampungChat -----------------------------------------------------
a) Spesifikasi Server Server anda mestilah terdiri dari Dedicated Server atau Virtual Private Server dengan kapasiti Pentium 4 atau sebaginya. RAM sekurang-kurang 128MB.
b) Maklumat Operasi Server
KampungChat memerlukan sistem pengoperasian UNIX (centOS)SAHAJA dengan minumum space 5GB.
C) KampungChat IRCd
Pada ketika ini, KampungChat menggunakan KampungChatIRCd sebagai software KampungChat dan ianya boleh dipohon kepada Team Routing kampungChat
d) Proses dalam server yang dibenarkan
Server anda mestilah dikhaskan untuk digunakan sebagai IRC server sahaja. Ini bermakna anda tidak boleh menggunakan server anda untuk proses-proses lain seperti games, hosting dan sebagainya. Namun diberikan pengecualian kepada psy dan Eggdrop dengan jumlag yang minimum dan tidak menganggu prestasi server.
e) Jumlah user
Server anda mestilah berkeupayaan untuk menampung jumlah user yang banyak pada satu-satu masa tanpa masalah. Server anda juga perlu menerima user daripada pelbagai negara dan IP tanpa sekatan.Anda juga harus memastikan jumlah user yang boleh join ke server anda sekurang-sekurangnya seramai 5000 user pada setiap masa.
Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan routing sila emailkan kepada
routing@kampungchat.org.my
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
KampungChat CEO KampungChat IRC Network http://www.kampungchat.org/
|